Tujuan utama caruman KWSP adalah untuk kegunaan para pencarum ketika persaraan kerja sekitar umur 55 tahun.Namun hakikat yang kita tahu ada kemungkinan para pencarum ada yang meninggal dunia lebih awal daripada umur persaraan mungkin diumur 30an,40an dsb.Oleh itu wang caruman KWSP yang ditinggalkan telah menjadi harta pusaka si pencarum yang telah meninggal dunia itu (si mati).Sebagaimana yang kita tahu kebiasaannya para pencarum semasa hayatnya akan menamakan seseorang dalam hidupnya sebagai "Penama" (Nominee).
Setelah berlaku kematian pencarum, adalah menjadi tanggungjawab Penama untuk mengeluarkan wang tersebut dan menguruskannya mengikut hukum syarak.Penama wajib berlaku jujur iaitu membahagikan wang tersebut kepada waris-waris yang lain mengikut hukum Faraid yang telah ditetapkan oleh Islam.Justeru para penama wajib mengenal pasti siapakah waris yang layak menerima harta pusaka simati beserta bahagian pusaka yang layak diterima menurut hukum Faraid.
Malangnya banyak kes yang telah berlaku didalam masyarakat kita berapa ramai 'penama' di KWSP (begitu juga penama di tabung haji,koperasi,insurans,takaful) tidak berlaku jujur,amanah dan adil terhadap waris-waris yang lain.Ada penama yang sanggup mengambil kesemua wang untuk kepentingan diri sendiri sahaja tanpa rasa bersalah.Ini disebabkan mereka menganggap wang tersebut adalah milik penama seorang.Sedangkan penama hanyalah sebagai pemegang amanah dan wasi.
Al-hasil kedengaranlah dalam masyarakat kita ;
- l Berapa ramai ibu bapa yang telah memakan hak anak-anaknya
- l Berapa ramai datuk dan nenek telah memakan hak cucu-cucu mereka
- l Berapa ramai anak-anak serta cucu-cucu menafikan hak ibu-bapa ataupun hak datuk dan nenek mereka
- l Berapa ramai suami atau isteri yang mengkhianati arwah pasangan masing-masing
- l Dan berapa ramai simati yang sedang menyesal di dalam kubur disebabkan kesilapan mereka melantik penama yang tidak jujur dan tidak mengetahui hukum berkaitan perwarisan dan pusaka???
-------->Siapakah penama yang anda namakan?????
Dalam hal penama ramai yang salah anggap.Kebanyakkan orang lelaki /suami akan menamakan isteri sebagai penama KWSP/insurans/takaful.Lain pula halnya dengan orang perempuan/isteri kebanyakan daripada mereka lebih selesa menamakan anak-anak sebagai penama berbanding suami.Kenapa?Pasti puan-puan ada jawapan tersendiri.Hak menamakan penama adalah hak masing-masing.Tiada siapa yang boleh pertikaikan.Namun anda perlu tahu kesan yang akan timbul jika penama adalah anak yang masih di bawah umur di saat berlaku kematian.
Lihat kesan yang akan berlaku:
- Sekiranya kita mati,anak yang bawah umur tidak boleh mengeluarkan duit sehingga berumur 18tahun.
- Bermakna si anak kena tunggu sehingga usia 18tahun.
- Apabila berumur 18tahun si anak pergi menuntut wang KWSP (atau penamaan lain spt takaful etc)
- Apabila wang diterima,si anak pula menganggap wang tersebut kepunyaannya.
- Sedangkan wang yang diterima anak tersebut ada bahagian atuk dan neneknya.(atau waris-waris lain)
- Atau ketika anak itu sudah mendapat wang tersebut atuk dan neneknya sudah meninggalkan dunia,
- Dan sepatutnya bahagian datuk dan nenek(yang telah meninggal sebelum anak berumur 18tahun) perlu diagihkan pula kepada waris-waris berhak lain seperti pakcik dan makcik atau mereka yang layak.
Sekiranya perkara diatas berlaku bermakna anak-anak ini telah memakan harta pusaka hak orang lain tanpa dia sedar dan akibatnya amatlah buruk dan ia dinamakan memakan harta secara bathil.Harta tidak bersih akan menyumbang kepada kehancuran masyarakat.Sanggupkah anda membiarkan anak-anak anda terlibat dengan permasalahan ini disebabkan ketidakpedulian kita berkenaan hukum Faraid dan tidak mahu merancang harta semasa hidup.
Oleh itu semak semula siapa penama yang anda lantik dan perjelaskanlah kepada ahli keluarga dan sahabat handai berkenaan maklumat ini dan isu perwarisan harta pusaka.Rancanglah juga semua harta yang anda ada seperti rumah,tanah,perniagaan,saham dan semua yang dikategorikan sebagai 'harta anda' dalam satu dokumen wasiat pentadbiran harta bagi memudahkan proses pentadbiran dan pembahagian harta setelah kematian anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut maklumat berkenaan Perancangan Hata Pusaka (wasiat,hibah,dan harta sepencarian) ini boleh hubungi saya ;
Facebook: search mariam sarbini
Blog; wahyusulungbacalah.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment