Monday, March 28, 2011

Isu wang caruman KWSP,Penama dan Perwarisan pusaka.

Tujuan utama caruman KWSP adalah untuk kegunaan para pencarum ketika persaraan kerja sekitar umur 55 tahun.Namun hakikat yang kita tahu ada kemungkinan para pencarum ada yang meninggal dunia lebih awal daripada umur persaraan mungkin diumur 30an,40an dsb.Oleh itu wang caruman KWSP yang ditinggalkan telah menjadi harta pusaka si pencarum yang telah meninggal dunia itu (si mati).Sebagaimana yang kita tahu kebiasaannya para pencarum semasa hayatnya akan menamakan seseorang dalam hidupnya sebagai "Penama" (Nominee).

Setelah berlaku kematian pencarum, adalah menjadi tanggungjawab Penama untuk mengeluarkan wang tersebut dan menguruskannya mengikut hukum syarak.Penama wajib berlaku jujur iaitu membahagikan wang tersebut kepada waris-waris yang lain mengikut hukum Faraid yang telah ditetapkan oleh Islam.Justeru para penama  wajib mengenal pasti siapakah waris yang layak menerima harta pusaka simati beserta bahagian pusaka yang layak diterima menurut hukum Faraid.

Malangnya banyak kes yang telah berlaku didalam masyarakat kita berapa ramai 'penama' di KWSP (begitu juga penama di tabung haji,koperasi,insurans,takaful) tidak berlaku jujur,amanah dan adil terhadap waris-waris yang lain.Ada penama yang sanggup mengambil kesemua wang untuk kepentingan diri sendiri sahaja tanpa rasa bersalah.Ini disebabkan mereka menganggap wang tersebut adalah milik penama seorang.Sedangkan penama hanyalah sebagai pemegang amanah dan wasi.

Al-hasil kedengaranlah dalam masyarakat kita ;
  • Berapa ramai ibu bapa yang telah memakan hak anak-anaknya
  • Berapa ramai datuk dan nenek telah memakan hak cucu-cucu mereka
  • Berapa ramai anak-anak serta cucu-cucu menafikan hak ibu-bapa ataupun hak datuk dan nenek mereka
  • Berapa ramai suami atau isteri yang mengkhianati arwah pasangan masing-masing
  • Dan berapa ramai simati yang sedang menyesal di dalam kubur disebabkan kesilapan mereka melantik penama yang tidak jujur dan tidak mengetahui hukum berkaitan perwarisan dan pusaka???


-------->Siapakah penama yang anda namakan?????

Dalam hal penama ramai yang salah anggap.Kebanyakkan orang lelaki /suami akan menamakan isteri sebagai penama KWSP/insurans/takaful.Lain pula halnya dengan orang perempuan/isteri kebanyakan daripada mereka lebih selesa menamakan anak-anak sebagai penama berbanding suami.Kenapa?Pasti puan-puan ada jawapan tersendiri.Hak menamakan penama adalah hak masing-masing.Tiada siapa yang boleh pertikaikan.Namun anda perlu tahu kesan yang akan timbul jika penama adalah anak yang masih di bawah umur di saat berlaku kematian.

Lihat kesan yang akan berlaku:

  • Sekiranya kita mati,anak yang bawah umur tidak boleh mengeluarkan duit sehingga berumur 18tahun.
  • Bermakna si anak kena tunggu sehingga usia 18tahun.
  • Apabila berumur 18tahun si anak pergi menuntut wang KWSP (atau penamaan lain spt takaful etc)
  •  Apabila wang diterima,si anak pula menganggap wang tersebut kepunyaannya.
  • Sedangkan wang yang diterima anak tersebut ada bahagian atuk dan neneknya.(atau waris-waris lain)
  • Atau ketika anak itu sudah mendapat wang tersebut atuk dan neneknya sudah meninggalkan dunia,
  • Dan sepatutnya bahagian datuk dan nenek(yang telah meninggal sebelum anak berumur 18tahun) perlu diagihkan pula kepada waris-waris berhak lain seperti pakcik dan makcik atau mereka yang layak.


Sekiranya perkara diatas berlaku bermakna anak-anak ini telah memakan harta pusaka hak orang lain tanpa dia sedar dan akibatnya amatlah buruk dan ia dinamakan memakan harta secara bathil.Harta tidak bersih akan menyumbang kepada kehancuran masyarakat.Sanggupkah anda membiarkan anak-anak anda terlibat dengan permasalahan ini disebabkan ketidakpedulian kita berkenaan hukum Faraid dan tidak mahu merancang harta semasa hidup. 

Oleh itu semak semula siapa penama yang anda lantik dan perjelaskanlah kepada ahli keluarga dan sahabat handai berkenaan maklumat ini dan isu perwarisan harta pusaka.Rancanglah juga semua harta yang anda ada seperti rumah,tanah,perniagaan,saham dan semua yang dikategorikan sebagai 'harta anda' dalam satu dokumen wasiat pentadbiran harta bagi memudahkan proses pentadbiran dan pembahagian harta setelah kematian anda.   

Untuk mengetahui lebih lanjut maklumat berkenaan Perancangan Hata Pusaka (wasiat,hibah,dan harta sepencarian) ini boleh hubungi saya ; 
Facebook: search mariam sarbini
Blog; wahyusulungbacalah.blogspot.com

Wednesday, January 5, 2011

Dunia Ilmu Orang Biasa: Pengalaman Gua Hiraq


Jabal Nur bakal di daki~datang malam tak tau pun bukit ni tinggi banget.


Berbanding dengan kakak ,saya lebih teruja untuk ke Jabal Nur.Salah satu sesi ziarah yang di aturkan dalam tentatif Kembara Umrah 2010.Tidak tahu mengapa diri ini terlalu ingin melalui jejak-jejak yang  sama dilalui oleh insan yang bergelar Muhammad s.a.w .Saya juga ingin merasai suasana dalam Gua Hiraq yang pernah menyaksikan permulaan wahyu bacalah .Dalam hati sering berdoa agar sesi ziarah ini tidak akan dibatalkan memandangkan ianya hanyalah program tambahan .

Sejak di Malaysia saya ada membeli beberapa buah buku untuk mengetahui pelbagai perkara tentang Mekah, Madinah dan sejarahnya.Antaranya ‘Makkah al-Mukaramah Kelebihan dan sejarah’ tulisan Dr.Abdul Basit dan ‘Rahiq Al-Makhtum’ oleh Saffiyu Rahman Mubarakfuri (terjemahan Yadeim) .Daripada situ  perasaan ingin merasakan suasana tempat ‘Kekasih Allah’ bersendirian  daripada suasana kejahilan masyarakat zaman itu semakin meluap-meluap.

Van uzur dibelakang:~Semua excited nak tangkap gambar dgn van.Lucu.
Mengikut pembacaan saya ,Nabi Muhammad s.a.w mengambil bekal roti gandum dan air yang dibekalkan oleh Khadijah lalu pergi ke Gua Hiraq dia atas Bukit Nur yang jaraknya 2 batu dari Mekah..Baginda menetap di sana lebih kurang sebulan setiap bulan Ramadhan selama tiga tahun.Bagi rombongan kami ,selepas solat Isyak di Masjidil Haram dan makan malam kami berkumpul diseberang jalan berdekatan hotel penginapan kira-kira jam 10.30 malam waktu Mekah.Perjalanan awal saya sudah menampakkan cabarannya.Berbanding degan 4 kumpulan yang lain,kumpulan saya mendapat van yang sangat uzur dan pemandu van yang agak pelik dan kasar.Namun pada ketika itu fokus saya adalah Gua Hiraq dan perkara-perkara sampingan itu saya abaikan [senyum]

Perjalanan dengan van tidak mengambil masa terlalu lama dalam lingkungan 15minit sahaja.Sepanjang perjalanan saya berfikir jika Nabi Muhammad berjalan kaki untuk jarak 2 batu ini jauh juga.Namun di usia baginda hampir 40tahun ketika itu dengan  fizikalnya tidak tinggi,tidak pendek,tubuhnya besar,dadanya bidang dan tegap ketika berjalan seperti sedang menuruni  tanah yang landai (saya rujuk Syamail Muhammad) pastinya perjalanan baginda bukan sesuatu yang sukar. Tidak seperti umat sekarang berjalan dari parking ke mall pun sudah mengeluh [senyum].
kakakku bersama sebotol kecil air~bekalan untuk ke atas di kongsi berdua.Nasib baik sampai atas ada seorang mutawif offer air untuk kami;)

“Ustaz,berapa minit nak mendaki Jabal Nur hingga ke Gua Hiraq tu?”soal salah seorang jemaah.”Enggak lama kurang lebih ‘20menit’ saja pak” balas mutawif dari Indonesia itu.”Ouh tak lah tinggi sangat”bisik kakak kepada saya.Sampai di satu tempat mutawif bersuara “Ibu-ibu,bapak-bapak turun di sini ya,tukar mobilnya, mobil ini enggak bisa naik ke atas”.Kami turun sementara menunggu van lain mengambil kami.Apalah nak diharap pada van tahun 70an itu.[senyum lagi].Van kedua berhenti dikaki bukit Jabal Nur.Ketika sampai jemaah yang lain sedang menunggu kami dan ada sebahagiannya membeli bekalan air di kedai runcit milik penduduk di kaki bukit itu. “Cukup lah air kita ni rasanya”getus kakak saya.”Kak Yen,tengok  satu family pakai kasut sukan tu,kita pakai sandal je”saya bersuara.Kami berdua hanya tersenyum sambil melihat ke puncak Bukit Nur.”Tak tinggi sangat rasanya,ustaz cakap ‘20menit’ je”ajuk kakak saya dalam bahasa Indonesia.

Latarbelakang Mekah~Ni baru separuh jalan.Muka letih tak hengat.Tarikh kamera pun salah;)
Bermulalah pendakian Jabal Nur menuju ke Gua Hiraq tempat dimana  Nabi Muhammad pilih untuk berkhulwah, memutuskan diri daripada hiruk pikuk dunia dan kesibukan dunia.’Aku ingin merasakan suasana itu dan berada ditempat itu’getus hati. “Ya Allah, aku rasa kaki aku ni dah macam tak boleh angkat”kata saya pada kakak dengan nafas yang turun naik.Kakak saya tergelak kecil nafasnya juga seperti saya.”’20menit apa,dah lebih tak sampai-sampai lagi ni,biar betik ustaz ni”balas kakak.”Ingat sikit kita kat Mekah ni jangan banyak ngomel”tegur saya diiringi gelak kecil.Dengan RahmatNya nasib baik pendakian ini di malam hari yang dingin, jika siang hari yang panas mungkin saya sudah kecundang.Ketika suku bahagian pendakian, saya lihat sudah tidak ramai yang meneruskan perjalanan.Ramai yang sudah menarik diri dan kebanyakan yang tinggal jemaah remaja lingkngan umur belasan tahun.”Ok lagi ke?Nak teruskan ke atau nak turun balik’soal Kak Yen.”Kita redah je la,ntah bila lagi boleh sampai sini”getus saya.Kami mendaki satu persatu tangga Jabal Nur yang tidak sekata itu sambil  bertasbih perlahan.Air yang ada cukup sekadar membasahkan tekak yang kering sahaja,tidak cukup untuk menghilangkan dahaga.

Sesuatu yang saya pernah baca sebenarnya pemilihan baginda untuk mengasigkan diri di satu bukit yang tinggi dan dalam gua yang tersorok ini adalah perencanaan Allah kepadanya sebagai persiapan bagi Nabi Muhammad untuk menghadapi satu urusan yang sangat besar.Saya dan kakak meneruskan pendakian yang tak pasti bila akan ke puncaknya sambil berfikir hal-hal yang lain dan mengelak untuk fokus kepada kelelahan mendaki.Sesekali kami dikejutkan dengan bayangan makhluk yang aneh dalam kegelapan malam bersuluhkan cahaya bulan.Semakin dekat hati berdebar-debar melihat makhluk itu tidak bergerak-gerak.Tiba-tiba kakak saya tergelak “La kambing rupanya,buat suspen je”.Adat manusia sering takut kepada perkara yang tak pasti.[senyum].Pendakian diteruskan dengan harapan semangat kami terus kental dan sandal yang di pakai terus utuh.(padan muka,dalam tentative pesan suruh pakai kasut sukan tak nak dengar;))Sesekali kami bertembung dengan jemaah yang turun dari Iran dan Pakistan.Sekadar bertukar salam sambil mereka memberi kami semangat untuk terus mendaki.

Akhirnya kami sampi ke puncak Jabal Nur setelah hampir satu jam pendakian beralaskan sandal RM20.Alhamdulillah.Sesuatu yang menghairankan mana jemaah-jemaah lain dan mutawif yang sudah ke hadapan mendahului kami? “Mana Gua Hiraq ni tak nampak gaya gua pun”kata saya dalam kelelahan.Namun sayup-sayup terdengar suara riuh rendah manusia.Tapi dari mana? Dari belakang muncul salah seorang mutawif yang mengiringi kami.”Kakak, turun ke bawah ya.Gua nya di bawah”mutawif memberi arahan.Kami hanya menurut kerana sudah tak berdaya untuk bersuara.[senyum].Perjalanan ke gua masih bersisa rupanya, tenaga di badan sudah tiris.Hebat sunguh Nabi Muhammad, sangat jauh bandingan berbanding kami umat Mu yang kerdil ini.

Setelah menuruni anak tangga yang curam di Jabal Nur ini kami sampai di pintu gua yang menghadap ke arah utara.Kami perlu menyusup masuk dicelah dua belah batu yang lebarnya sekitar 60cm.Pada mulanya rasa tidak yakin saiz tubuh ini boleh menyusup ke celah batu itu.[senyum].Setelah diyakinkan oleh mutawif maka kami cuba.Lagi pula jika Nabi Muhammad boleh masuk pasti kami juga boleh menyusup masuk.Setelah menyusup kami sampai di satu ruang terbuka;tidak terlau luas.Disebelah kiri kami itulah yang dikatakan gua tempat nabi beribadat dan berfikir tentang alam ini dan kemudiannya menjadi saksi  seorang malaikat datang kepadanya dan berkata “Bacalah”.

Kakak ku berlatarkan gua Hiraq ~dibelakang ada jemaah amibil kesemptan solat sunat 2 rakaaat
Gambaran gua Hira' dari atas.(ni aku google)
Suasana malam di sini hening,tenang dan nyaman.Jika di saat ini ia jauh dari kesibukan kota Mekah yang menerima jemaah umrah dari segenap pelosok dunia, Nabi pula pada waktu itu , di sini, mungkin sangat tenang daripada suasana masyarakat yang jauh terpesong daripada fitrah hidup bertuhan dan kebejatan akhlak yang meruncing. Menurut pembacaan saya (solusi isu 23) ada satu sebab geografi mengapa Gua Hira’ dipilih sebagai tempat Nabi s.a.w bertahannuth.Dinyatakan bahawa jika dilihat dari celah rekahan dihadapan Gua Hiraq nescaya akan dapat dilihat Masjidilharam dan Kaabah secara terus!(saya dapat maklumat ini setelah pulang tak sempat la nak tgk).Memang benar dari ketinggian saya berada itu dapat dilihat dari jauh masjidilharam dan Kaabah.Pemandangan malamnya sangat indah dan mendamaikan.Bukit yang Allah muliakan berbanding bukit-bukit yang lain dan menjadikan tempat peribadatan Rasulullah saw dan turunnya wahyu sulung.Alhamdulillah saya sudah berada di sini atas keizinan-Nya.

Mungkin tempat ini tiada apa yang menarik untuk dikunjungi .Sekadar gua kecil di atas bukit yang batu yang tinggi.Namun kerana peristiwa besar yang berlaku di sini ke atas seorang Insan Mulia yang memikul tanggungjawab besar menyebarkan agama Allah yang benar, ia tetap memberikan satu pengalaman hebat dan perasaan indah buat pengunjungnya yang sukar diceritakan kepada orang lain.Rasa cinta yang mendalam kepada Rasul junjungan umat Islam ini juga  membuatkan setiap apa yang berkait dengan baginda menjadi tumpuan. Setelah beberapa ketika di sini kami di arahkan oleh mutawif untuk beredar.Seterusnya perjalanan menuruni bukit terpilih ini perlu diteruskan lagi kerana beberapa jam sahaja lagi kami perlu bersiap untuk menunaikan solat subuh di Masjidil Haram.


Tuesday, December 28, 2010

KEPENTINGAN MENULIS WASIAT DAN MERANCANG HARTA PUSAKA PADA ZAMAN MODEN INI.


1.Kematian itu PASTI,seperti yang dinyatakan oleh Allah ‘setiap yang bernyawa pasti akan mati’(Al-a’raf;185).Cuma masanya sahaja yang dirahsiakan oleh Allah kepada hambanya.Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap hambanya untuk bersedia menghadapi mati pada bila-bila masa.Merancang harta pusaka kita juga salah satu persediaan menghadapi kematian  yang memberi implikasi besar pada diri dan waris kita.Semuanya akan di terangkan dalam fakta-fakta seterusnya.Teruskan membaca.
Kepentingan menulis wasiat ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kepentingan di dunia dan kepentingan di akhirat.

Kepentingan di Dunia.

1.HARTA TERBEKU-Untuk pengetahuan anda. Apabila mati individu itu,kesemua hartanya akan “TERBEKU”.Tiada sebarang transaksi yang dibenarkan sebelum mendapat kebenaran daripada mahkamah.Ini bermakna simpanan di bank,aset seperti tanah,rumah dan pelbagai lagi aset anda akan terus “TERBEKU” jika tiada wakil simati  yg menguruskan.Oleh kerana itu tidak hairanlah jika di Malaysia lebih RM40bilion harta telah terbeku antaranya RM38bilion adalah tanah dan hartanah,RM1.5billon di “Registrar of Unclaimed Monies”,RM70juta di KWSP dan lebih kurang 1juta tanah atas nama orang yg telah meninggal dunia.Ianya sangat merugikan jika di pandang daripada pelbagai sudut.Jangan biarkan harta anda juga akan meningkatkan perangkaan ini.

2.WASI-Dengan langkah menulis wasiat kita berikhtiar  supaya perkara di atas tidak berlaku.Ini kerana tujuan utama menulis wasiat adalah perlantikan WASI.WASI adalah individu atau badan amanah yang ditentukan oleh pewasiat dalam dokumen  wasiat untuk mentadibir dan mengagih harta si mati kepada waris yang layak.Memilih wasi yang betul /berkelayakan akan menjamin pembahagian harta diuruskan dengan professional.Pilihan yang salah akan menyebabkan segala urusan tidak teratur dan berada dalam keadaan kelam kabut.

3. PENJAGA/guardian- Dalam dokumen wasiat juga anda boleh menentukan penjaga harta bagi anak-anak yang masih di bawah umur.Justeru anda boleh melantik penjaga yang anda fikirkan layak untuk diamanahkan harta anak anda sebelum mereka mencecah umur majoriti  18tahun setelah kematian anda.

4.JIMAT MASA DAN KOS-Menulis wasiat dan melantik WASI yang professional akan mempercepatkan proses tuntutan dan pengagihan harta anda kepada waris.Ini kerana dengan adanya dokumen wasiat tiada persetujuan setiap waris faraid diperlukan untuk surat kuasa mentadbir.Oleh itu masa dapat dijimatkan.Banyak kes menunjukkan tanpa dokumen wasiat harta-harta simati tidak dapat diagihkan dengan baik dan tertangguh 5-10tahun malahn lebih.Ini pasti akan menyulitkan waris lebih-lebih lagi jika ada waris yang minority iaitu berumur bawah 18tahun.

Kesimpulannya tanpa dokumen wasiat semua perkara di atas tidak dpat dilaksanakan dengan baik dan lancar.Banyak kes menunjukkan tanpa dokumen wasiat pelbagai masalah akan timbul setelah kematian seseorang.Pilihan ditangan anda!Pilihlah untuk menulis wasiat dan merancang harta pusaka anda.

Kepentingan di Akhirat.
1.    
Kbanyakan daripada kita tidak dapat lari dari hutang.Hutang boleh dipecahkan pada dua iaitu hutang dunia sperti hutang dengan manusia,institusi dsb.Hutang akhirat pula seperti Haji yang tidak dilaksanakan setelah mampu(badal haji),zakat yang belum dilaksanakan,fidyah/kaffarah puasa dsbnya.Persoalan hutang memberi implikasi yang besar pada perjalanan kita di alam barzakh dan alam akhirat.Ini kerana kematian tidak menidakkan tangunggjawab kita melunaskan hutang.Dalam situasi ini jika kematian menjemput kita sedangkan ada lagi hutang yang perlu dilunaskan, apakah jalan penyelesaiannya.???

Di sinilah peranan merancang harta dengan dokumen wasiat dan melantik wasi.Sudah pasti kebanyakan dikalangan kita ada tinggalan harta dari pelbagai sumber spt wang simpanan,takaful dsbnya.Namun jika kita tidak menulis wasiat (dgn menyatakan senarai hutang) dan melantik wasi yang profesional dan berkaliber, adakah anda yakin waris yg anda tinggalkan tahu dan mahu  melunaskan hutang anda? Jangan ambil risiko ini.Merancangla harta anda,tulislah wasiat .

2.Elak waris berdosa-Pembahagian dan pengagihan harta pusaka memerlukan pengetahuan Ilmu Faraid kerana ada nisbah kiraan yang layak diterima oleh waris Faraid simati.Namum begitu mengikut pengalaman saya berjumpa pelbagai golongan masyarakat boleh dikatakan ramai yang tidak tahu tentang siapa waris Faraid mereka dan nisbah Faraid yang layak untuk waris mereka.Ini kerana jika pengagihan harta tidak dilaksankan menurut syariat berkemungkinan waris –waris anda akan terlibat dengan di perkara dosa ini
1)Dosa memakan hak orang lain secara bathil-rujuk surah an-nisa’:26
2)Dosa memakan harta nak yatim-rujuk surah an-nisa’;10
3)Dosa memakan harta si mati kerana tidak melunaskan hutang simati dengan wang tinggalan si mati.

Oleh kerana pelbagai faktor inilah umat Islam sering digalakkan untuk menulis wasiat dan melantik WASI yang berkaliber yang tahu proses undang-undang dan hokum syariat.Ini bagi mengelakkan salah tadbir harta pusaka dan menyebabkan keturunan kita berterusan melakukan dosa lantaran kejahilan dan ketidakpedulian kita.

3.Elak pertelingkahan keluarga-Tanpa dokumen wasiat banyak kes menunjukkan pertelingkahan dalam keluarga berlaku.Perebutan harta,ketidakpuasan hati,penyelewengan,penindasan sering berlaku.Oleh itu rancanglah harta yang akan anda tinggalkan supaya waris lebih tenang dan bersikap terbuka.Lantaran itu bolehlah waris memberi tumpuan mendoakan kesejahteraan roh kita daripada sibuk berebutkan harta kita.Rancanglah dengan bijak.

4.Hak untuk mewasiatkan 1/3 harta-Menurut hukum 1/3 harta boleh diwasiatkan pada bukan waris seperti anak angkat,sahabat,badan kebajikan,untuk tujuan amal jariah dsbnya.Ini boleh dinyatakan dalam dokumen wasiat dan dilaksanakan setelah kematian kita tanpa boleh dicabar oleh waris faraid kita.Namun jika kita tidak menulis dokumen wasiat  hak ini tidak dapat dilaksanakan dan harta kita diagihkan pada waris Faraidh sahaja.

Ini adalah sedikit sebanyak gambaran awal tentang kepentingan menulis wasiat dan merancang harta pusaka yang perlu anda tahu.Walaubagaimanapun setiap orang mempunyai kes yang berbeza dengan latarbelakang keluarga yang berbeza.Contohnya seperti ada anak angkat,tiada anak lelaki,berpoligami,tidak berkahwin,ibu bapa tunggal dan saudara baru.Wasiat adalah salah satu instrumen dalam perancangan harta pusaka.Namun begitu untuk menyesuaikan kepelbagaian ini terdapat instrumen lain seperti Hibah,Harta sepencarian,Amanah dan wakaf. Oleh itu perbincangan perlu dilakukan bersama Perunding Harta Pusaka Islam dalam merancang harta pusaka anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut maklumat berkenaan Perancangan Hata Pusaka ini boleh hubungi saya ; (penerangan dan perbincangan adalah percuma;no obligation)
Facebook: search mariam sarbini
Blog; wahyusulungbacalah.blogspot.com



Oleh:
Mariam Mohd Sarbini (Islamic Estate Planner)

Wednesday, December 22, 2010

Dunia Ilmu Orang Biasa : Asbab bermula

Sabtu lepas kelas terakhir subjek Hadis-hadisTazkiyah Al- Nafs (Pembersihan Rohani).Subjek terakhir untuk Modul 4 Sijil pengajian Hadis (SPAH UM).Sedar tak sedar berakhirlah kelas SPAH setelah lebih kurang 2 tahun saya menghadirinya.

Sejak tahun 2006 hampir setiap pagi Sabtu saya sedaya upaya cuba untuk ke kelas.Maklum sajalah hari minggu, macam-macam urusan lain yang menyangkut.Namun dalam hati sentiasa berdoa agar Allah memberi ruang waktu dan kemudahan untuk ke sana.Saya bermula dengan Sijil Pengajian Al-Quran (SPAQ UM).Semenjak itu hati ini sudah melekat dengan majlis Ilmu di sini, ia seolah-olah terapi untuk saya pada setiap minggu.

Mengimbas kembali kenangan bagaimana saya bermula di sini,terselit dalam hati rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah kerana ada cerita di sebalik semua permulaan ini.Setelah memasuki alam pekerjaan saya rasa ada sesuatu yang tidak lengkap dalam rutin hidup saya.Setiap hari ke tempat kerja daripada pagi menginjak ke senja baru sampai dirumah.Sesekali malam hari melepak di kedai makan bersama teman-teman sambil berborak.Hujung minggu jika kerja-kerja di pejabat tidak mendesak untuk disiapkan segera,saya habiskan waktu 'window shopping' di Mall atau menonton wayang.Rutin biasa bagi orang 'KL' saya kira.

Namun jiwa saya masih tercari-cari 'sesuatu'.Kemudian saya sedar jiwa saya rupanya gelap.Sudap lama belaku 'black out' (kalau boleh saya istilahkan begitu).Tiada lampu/cahaya yang menjadikan ia terang.Mungkin lebih tepat Nur Ilmu tidak tersuluh dalam diri saya.Lantas terdetik di hati saya untuk pergi ke kelas-kelas atau ceramah agama.Tapi dimana?Segan juga nak ke surau-surau seorang diri.Biasanya surau dan masjid ramai para muslimin.Muslimat selalunya banyak urusan dirumah.

Dalam pencarian saya itu, satu hari seorang teman lama yang sudah agak lama menyepi menghubungi saya.Panggilan telefonnya seolah-olah menemukan saya dengan sesuatu.Rakan saya itu mengajak saya untuk menghadiri kelas tafsir Al-Quran.Katanya ramai orang-orang muda sebaya kami sudah pun hadir.Kata orang dulu-dulu 'pucuk di cita ulam mendatang'.Allah telah memakbulkan keinginan saya.

Malam esoknya seperti yang dijanji, kawan saya mengambil saya di pejabat.Kereta saya ditinggalkan di parkir pejabat dan kami naik satu kereta ke 'pengajian pertama'.Saya agak teruja waktu itu.Saya dibawa oleh rakan saya ke sebuah kampung di tengah bandaraya Kuala Lumpur.Kami tidak terus ke kelas tapi menunggu di sebuah kedai makan di situ.Kata teman saya,kami tidak boleh masuk lagi kerana ada kumpulan lain sedang 'mengaji'.Saya tidak boleh sertai kumpulan itu kerana kami di tahap yang berbeza.Saya hanya meng iyakan dan terus menunggu.


Bosan menunggu, rakan saya dan ahli-ahli yang lain menerangkan sedikit tentang perkumpulan ini dan kelas yang bakal saya hadiri.Hanya saya seorang yang baru pertama kali.Mereka sudah beberapa kali menghadiri 'kelas tafsir'.Kedatangan mereka hanya menemani saya.(atau lebih tepat membawa downline).Agak kagum juga saya dengan mereka kerana dapat mengulas berkenaan ayat-ayat Al-Quran pada saya yang jahil ini.Malam sudah agak lewat hati saya mula tidak enak.Dalam hati berkira-kira kalau lewat sangat bermula pasti tambah lewat saya akan pulang ke rumah saya di Shah Alam.Pelbagai persoalan dan teka-teki bermain dalam benak pemikiran saya.Suasananya agak misteri ketika itu.Pada awalnya saya sangkakan ia hanya seperti pengajian-pengajian agama yang lain seperti di masjid atau surau.


Setelah lebih 2jam menanti rakan saya mendapat panggilan telefon sebagai tanda kami dibenarkan masuk."Akhirnya"keluh saya.Saya dibawa ke sebuah bangunan pejabat .Di sana menanti dua orang jejaka yang segak yang menjaga pintu masuk lalu membenarkan kami masuk."Wah,siap ada pengawal pintu,kelas apa ni?"gusar hati saya.Kemudian kami diajak masuk ke sebuah bilik mesyuarat.Tidak lama kemudian masuk seorang pemuda berseluar hitam bersama kemeja  lengan panjang bergaris-garis.Segak.Tidak seperti gaya-gaya ustaz yang biasa saya lihat.


Saya dibekalkan oleh kawan saya sebuah Al-Quran terjemahan untuk rujukan saya.Pengajian bermula atau lebih tepat sesi 'brainwash'.Saya diasak dengan pelbagai persoalan agama dan kepercayaan saya berkisar rukun Iman.Saya ketika itu kelihatan sangat jahil dan bodoh.Persaan malu,kagum dan bersemangat untuk belajar bercampur baur. Namun ada ketika saya menjadi keliru apabila lelaki segak didepan saya itu sentiasa menegaskan bahawa kita tidak diminta pun oleh Allah untuk membaca Al-Quran dalam Bahasa Arab.Cukup sekadar dengan bahasa ibunda masing-masing yang kita mudah fahami.Sementelah  lelaki segak itu menunjukkan bukti ayat quran (terjemahan) berkenaan perkara itu.Saya ketika itu diam dan mengiyakan sahaja.Bagaikan dipukau.Lagipun saya ini hanya orang biasa yang lemah dalam pengetahun agama.


Peristiwa yang berlaku malam itu memberi kesan pada saya.Saya sering memikirkannya dan cuba memberi pertimbangan yang waras tentang kewajaran fakta-fakta baru itu.Baca quran dengan Bahasa Melayu?Pada satu ketika saya kagum dengan kumpulan ini tapi daripada satu sudut saya agak ragu dan bimbang saya akan tersalah arah.Dalam kebingungan itu kekusutan fikiran saya ditambah lagi dengan ajakan (baca paksaan) rakan saya untuk menghadiri kelas seterusnya.Saya dituduh meminggirkan ilmu agama dan tidak serius dalam menuntut ilmu.Bertambah semak otak ini.Saya kerap memberi alasan sibuk dan jauh.Kebetulan waktu itu saya sudah berpindah ke rumah kakak di Puncak Alam.Perlukah saya pergi?


Dalam kekusutan saya itu saya juga mendapat maklumat bahawa ada yang tidak kena dengan kumpulan itu.Jadi saya nekad untuk tidak meneruskan menyertai 'kelas' itu.Walaupun saya tidak pasti kebenaran maklumat yang saya terima.Namun saya sudah kehabisan alasan untuk menolak ajakan saya rakan saya itu.Di takdirkan suatu hari sedang saya membaca akhbar (utusan malaysia),di satu sudut bahagian bawah akbar itu ada satu iklan kecil yang menarik perhatian saya."Sijil Pengajian Al-Quran"(SPAQ) untuk orang awam di Akademi Pengajian Islam Uni.Malaya."Tanpa bertangguh dan ragu saya terus menelefon urusetia dan mendaftarkan diri.Sejak itu jika rakan saya mengajak saya dan menuduh saya memingggirkan ilmu agama, saya memberi jawapan bahawa saya sudah mendaftar di UM iaitu kelas pengajian agama yang saya yakini kredibilitinya.Selesai masalah.


Begitulah perjalanan menutut ilmu agama untuk orang biasa seperti saya bermula,Apa yang cuba saya simpulkan bahawa dalam usaha kita untuk berubah, dugaan datang dalam pelbagai bentuk.Kadangkala ia sangat mengelirukan kerana ia kelihatan benar namun hanya pertolongan Allah dan pertimbangan yang benar sahaja boleh memilih yang benar.Sebab itulah dalam setiap rakaat solat kita pinta pada Allah "Tunjukkanlah Jalan yang Lurus".Wallahualam.

Sunday, September 19, 2010

KOLEKSI BUKU-BUKU USTAZ HASRIZAL JAMIL @ SAIFULISLAM (BESTSELLER!!!)

Bagi yg sudah mengenali tulisan2 Ustaz Hasrizal@saifulislam pasti tidak perlu diperkenalkan lagi tentang buku2 beliau.Beliau bnyk menulis sekitar isu kekelurgaan islam dengan gaya bahasa yg mudah dan idea2 semasa yg sgt berkaitan dengan kehidupan kelurga moden semasa.

AKU TERIMA NIKAHNYA,BERCINTA SAMPAI KE SYURGA DAN MURABBI CINTA.

Buku2 ini antara bestseller.

Mengandungi kisah alam rumah tangga da nasihat yang tersendiri menyentuh hati, geram, sinis, lucu, marah, kesemuanya diadun dalam nada bersahaja namun isinya tetap tajam dan mantap! bagi yang sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga, yang sedang mengemudi rumah tangga, atau yang sedang mengalami masalah rumah tangga...

Buku ini memberi inspirasi dan panduan dalam membina sebuah keluarga harmoni.

Dapatkan dengan segera secara ONLINE atau email butthinges3@yahoo.com untuk tempahan.



Tuesday, September 14, 2010

Koleksi Soal Jawab Remeh Temeh tapi Anda Malu bertanya


Kod,Harga(tidak termasuk kos pos),penulis-sila klik image untuk lihat lebih jelas


Koleksi SJRT yang perlu dimiliki setiap individu..MENGAPA???

1.Pendekatan soalan dan jawapan membolehkan para pembaca focus terus kepada kemusykilan sesuatu subjek.

2. Method penulisan: Para penulis sebaik mungkin cuba ‘meringankan’ subjek yang cukup berat dengan pendekatan yg lebih santai dan relaks.

3.Penggunaan istilah klasik di ubah kepada istilah yg lebih mudah difahami dan terkini.

4.Jika anda membaca koleksi ini pasti anda akan berkata dalam hati “ Ouh macam tu rupanya..aku pun nak tnya soalan ni tapi malu. rupanya ada gak org yg tak tahu macam aku.selesai masalah aku ;)”

5. Contoh2 soalan yg dikemukan dalam buku2 SJRT:

a)Saya telah menggunakan dapur masak pinjam dari kedai pembaikan sementara dapur saya sendiri dibaiki.Perlukah saya menyamak dapur pinjam kerana saya tidak mengetahui sama ada dapur tersebut telah dipakai oleh orang bukan Islam atau tidak dan bagaimanakah cara menyamaknya ??(SJRT TAHARAH).

b)Saya mempunyai seorang bayi yg masih menyusu.Sering berlaku ketika saya solat anak ini terjaga drp tidurnya dan menangis dengan kuat kerana mahukan susu.Bolehkah saya mempercepatkan solat saya untuk memberikan susu kepadanya?? (SJRT SOLAT 2)

c)Saya ditimpa penyakit untuk tempoh yg terlalu lama dan tidak dapat menahan kesakitan ini lagi.Bolehkah saya berdoa minta supaya saya dimatikan sahaja??? (SJRT AKIDAH)


DAPATKAN SEMUA KOLEKSI SJRT SECARA ONLINE

EMAIL untuk pertanyaan lanjut butthinges3@yahoo.com

Sunday, August 22, 2010

Indahnya Saat Bersama-MU (Panduan praktikal Qiamulail)

Bagaimanakah prestasi Ibadah Malam kita setelah masuk Fasa ke-2 di Bulan Ramadhan ini?Anda belum terlambat untuk meiliki buku ini
"Indahnya Saat Bersama-Mu (panduan praktikal Qiamulail) sebagai persediaan untuk memasuki Fasa terakhir dan merebut Lailatul Qadr.Bersegeralah kita mendapatkan panduan yang tepat!!

KoD:TBBK1057 - Indahnya Saat Bersama-Mu
Penulis :Haji Zahazan Mohamed
Harga:RM19.90 (tidak termasuk kos penghantaran)


Dari penerbit TB:
"Buku ini mendedahkan rahsia bagaimana seseorang dapat merasai kemanisan bangun beribadah pada tengah malam. Ramai orang yang mampu bangun pada tengah malam tetapi tidak ramai yang sanggup berwuduk dan solat sunat atau membaca al-Quran. Tahukah anda sekurang-kurangnya atau paling lemah qiamullail ialah terjaga daripada tidur, bangun menghadap ke arah kiblat, ingat kebesaran Allah s.w.t. dan kemudian tidur semula? Mungkin ada yang lantas berkata, “Kalau macam tu tiap-tiap malam aku boleh qiamullail!” "

JOM BELI SECARA ONLINE!! www.stormreaders.net/MARIAM
email: mariamsarbini@gmail.com

Thursday, August 19, 2010

Apa hak 'Anak hasil Zina" mengikut Peraturan Faraid?


Walaupun pada bulan yang sgt mulia di bulan Ramadan ni,rasanya rakyat M'sia dah tak sanggup setiap hari disogok berita pembuangan bayi.Malapetaka akibat ZINA pada umat yg sgt mengerikan.Untuk ingatan pada diri sendiri dan masyarakat berpesan lah agar patuh pada larangan Allah agar "TIDAK MENGHAMPIRI ZINA".Lekatkanlah diminda dan jiwa remaja yg berada rapat dgn kita seperti anak2,anak saudara,anak2 murid bahawa 'menghampiri ZINA" itu malapetaka yg sgt besar.

Dalam tempoh 5 tahun seperti yang dilaporkan di bawah sudah hidup lebih 74ribu manusia (ramainya!!!) berbangsa melayu yg berkemungkinan besar beragama Islam hasil daripada "PENZINAAN".Nauzubillah.

"Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, (Sumber : Berita Harian 21/03/2010)."

Dari sudut harta pusaka apakah isu yang harus kita ambil berat berkenaan "anak hasil ZINA" ini.Apa yang kita perlu tahu, mengikut peraturan Faraid 'anak hasil PENZINAAN" ini TIDAK BERHAK dibawah hukum Faraid."anak Hasil ZINA" ini hanya berhak mewarisi harta ibu yang melahirkannya sahaja.

Jadi berpesan-pesanlah kerana berkemungkinan daripada 74ribu kes ini adalah daripada kelurga terdekat kita.Janganlah nanti mereka mewarisi harta "ayah" mereka secara Bathil.Dibimbangi akan berulang lagi melakukan dosa besar dengan memakan harta secara Bathil.Wallahualam.

Konsultasi percuma akan diberikan berkenaan wasiat & Perancangan Harta Pusaka
Email mariamsarbini@gmail.com (tinggal no hp untuk dihubungi)

Tuesday, August 10, 2010

Isu-isu berkaitan harta pusaka diakhbar

Pasangan Kahwin senyap berisiko besar
'ia akan mengundang konflik jika berlaku perceraian atau kematian kerana soal pembahagian harta sepencarain dan pusaka bagi anak-anak jadi sukar ditentukan atau diagihkan'
(Utusan Malaysia, 25/8/08)

Saman balu Raja Nong Chik,rayuan ARB ditangguh
'rayuan ditangguh lagi setelah seorng hakim menarik diri...Allahyarham Raja Nong Chik dikatakan meninggalkan harta pusaka dan saham bernilai kira-kira RM1.5billion tanpa wasiat ketikameninggal duni pada 10 Feb 1994"

*cuba lihat meninggal tahun 1994,sehingga tahun 2008 kes masih di mahkamah. Lamakan harta tak dapat dicairkan dan di agihkan pada waris?
(Utusan Malaysia, 12/8/08)

20,900 kes harta pusaka belum selesai
'20,900 kes melibatkan pembahagian harta pusaka berjumlah RM471 juta belum dapat diselesaikan sejak 10tahun lalu (sumber Amanah Raya)
(Utusan Malaysia, 26/9/05)

900,000 hak milik tanah 'kepunyaan orang mati'
'900,000 daripada 6.2juta hak milik tanah yang didaftarkan masih berdaftar atas nama pemilik yang sudah meninggal dunia kerana waris tidak menyelesaikan permohonan pusaka kecil'
(Utusan Malaysia, 1/4/05)

Monday, August 9, 2010

Sejauh mana anda mengetahui tentang FARAID?


Renungkan Hadis ini.

Sabda nabi "Pelajarilah Ilmu Faraid dan ajarkan ianya kepada orang lain.Kerana sesungguhnya ia (ilmu Faraid) adalah sebahagian dari ilmu yang banyak.Tetapi malangnya ia adalah ilmu yang dilupakan dan ia adalah ilmu yang mula-mula dicabut dari umatku" (Hadis Sahih R.Al-Hakim,Al-Baihaqi dari Abu Hurairah)-(sumber daripada buku RM38Billion pusaka belum dituntut).

Sungguh benar apa yang telah diperkatakan oleh nabi junjungan kita lebih 1400 tahun dahulu.Sekarang mmg bnyk antara kita dah melupakan ilmu faraid ni.Jujurnya kalau aku tak menceburi bidang ini, aku juga termasuk dlm kalangan yg tak tahu ttg Faraidh.Cuba kita tanya diri kita sendiri (tak yah sibuk2 tanya org lain)

1.Jika berlaku kematian kepada ayah/ibu/isteri/suami kita berapa nisbah faraid yg layak kita dapat?
atau

2.Jika saya mati berapa bahagian faraid yg layak untuk ibu/bapa/isteri/suami/anak perempuan/anak lelaki/etc.

Saya yakin ramai yang tidak tahu bhg faraid kita dan waris kita.Jika anda sudah tahu syabas sy ucapkan kerana mengambil berat tentang hukum Allah ini.Perkara yg biasa masyarakat kita tahu, lelaki akan dpat lebih 2 bhg manakala perempuan 1bhg.Sekadar itu sahaja.Tidak cukup sekadar itu pengetahuan kita perlu belajar lagi kerana terdapat pelbagai nisbah faraid mengikut situasi kita dalam rantaian waris (merujk kepada surah an-nisa';11 & 12) .

Janganlah pula ada yg kata, sibuk2 nak tau pasal faraidh dan harta pusaka ni sebab tamakkan harta.Bukan begitu, kerana dengan mengetahu bahagian faraidh ia dpat mengelakkan kita dari

  • Dosa makan hak org lain-Firman Allah "Wahai orang beriman janganlah kamu memakan harta antara kamu dengan cara yg bathil"(an-nisa':26).So,bila dah tau bhg kita,just ambil bhg kita jgn lebih.

  • Dosa makan harta anak yatim-Kemungkinan dlam harta tu ada harta anak yatim.Pesan pada isteri/suami asingkan bhg anak2 takut terguna.Wpun mereka anak kandung anda, tetap bhg mereka sbg bhg anak yatim.Firman Allah "Sesungguhnya orang yg memakan harta anak yatim secara zalim sebenarnya mereka itu menelan separuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api neraka yg menyala2"(An-nisa':10)

  • Dosa makan hak si mati-bhg faraidh perlu dibahagi-bahagikan setelah melunaskan hutang si mati.Jika waris tidak berbuat demikian harta itu masih belum dibersihkan. Tambah lagi satu dosa.
Jadi pentingkan kita tahu ilmu Faraidh?Mungkin kita tak perlu jadi pakar Faraidh (kalau berminat silakan).Sekurang-kurangnya kita perlu ambil tahu bhg faraid untuk setiap waris yg kita tinggalkan sekiranya kita meninggal nanti.Carilah ilmu itu,berjumpa dgn ustaz2 yg mahir atau perunding harta pusaka Islam anda untuk mengetahui Faraidh keluarga anda.Wallahualam.


Konsultasi percuma akan diberikan berkenaan wasiat & Perancangan Harta Pusaka
Email mariamsarbini@gmail.com (tinggal no hp untuk dihubungi)